lirik.web.id
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 #

lirik lagu tajul, wany hasrita, afieq, muna, tuah & wani syaz – terpaling di hari raya

Loading...

[verse 1]
disisir diandam dengan cekap
potongan rambut juga pelbagai g~ya
puasa sebulan sudahlah lengkap
tibalah masa untuk berhari raya
gemersik takbir bersuka ria
salam diutus tanda ingatan
syawal dinanti sudahlah tiba
salam diutus pohon maafkan

[chorus]
ku ucapkan selamat hari raya
ampun maafkan jika terkasar bahasa
senang~senang, jangan berduka lara
biar gembira di hari raya
ku ucapkan selamat hari raya
tenang~tenang, aman damai sentosa
bila salam, selukkan sampul raya
bermaaf~maafan di hari raya
[verse 2]
datang bertandang ke rumah kita
ada yang jauh, ada juga yang dekat
lama tak jumpa tidak bersama
rasa berkenan timbul rasa berhajat
m~n~lah tahu peluang kita
hubungan kita semakin rapat
m~n~lah tahu ketentuan~nya
jikalau hati sudah tertambat

[chorus]
ku ucapkan selamat hari raya
aidilfitri~ku kepada semua
moga~moga ikatan kekal sama
riang gembira di hari raya
ku ucapkan selamat hari raya
kemenangan di hari yang mulia
tenang~tenang, aman damai sentosa
bermaaf~maafan di hari raya

[verse 3]
air di sungai surutnya lambat
mungkin di laut masih tak reda
jikalau abang sungguh berhajat
memetik bunga di taman kota tua
rindu di hati teramat sangat
menunggu si puteri kesayangan
datangnya cantik warna sepadan
sedondon kita di hari raya
[chorus]
ku ucapkan selamat hari raya
susun sepuluh jari pada semua
senang~senang, jangan berduka lara
biar gembira di hari raya
ku ucapkan selamat hari raya
jangan lupa selukkan sampul raya
bila jumpa mesti bertegur sapa
bermaaf~maafan di hari raya
ku ucapkan selamat hari raya
susun sepuluh jari pada semua
senang~senang, jangan berduka lara
biar gembira di hari raya
ku ucapkan selamat hari raya
jangan lupa selukkan sampul raya
bila jumpa mesti bertegur sapa
bermaaf~maafan di hari raya


Lirik lagu lainnya:

LIRIK YANG LAGI HITS MINGGU INI

Loading...