lirik.web.id
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 #

lirik lagu jayone.xs – seratus

Loading...

[verse 1]
seratus, ku padat kata isi kamus
perakus, ku rombak tamadun kau tandus
kau mitos, ku kubur sejarah kau timbus
kata hunus, tikam khusus
rebak kau hangus ku rodok kau hapus
ah, pasukan kapak kompol sekongkol (kompol sekongkol)
ah, datang berasak hentak menyondol (hentak menyondol)
ah, masih subur kau masih mandul
kuacu pistol, kau pisau tumpul
walau seabad masih terunggul (numbo satu)
bruh, pena senapang menembak (too-too-too-too)
brap, peluru puitis meledak
brahh, serangan ku datang mendadak
kobar semarak kau datang menyemak
ku hantar penyepak tercungap kau nazak
ah, kemarau tengkujuh berulang seluruh
ah, ku lalu kau hormat kau tunduk kau patuh
ah, kau hantar pasukan ku makan dicatur
takkan jatuh, ku masih jaguh
ku tunggak didepan kau masih beratur

[chorus]
kalau kira percent ini memang seratus, uh
keep it one hundred ku bagi seratus, yeah
kalau kira percent kita bagi seratus, uh
so keep it one hundred and give your seratus

[verse 2]
halilintar, kata ku sambar memancar
tepat sengat tiap sasar, tiap puisi ku hantar
tetap terhangat dipasar, khabar terpanas diakhbar
sabung kilat, guruh gentar
reach for the top dan kau masih didasar
ahh, serangan ku tajam gigitan kau rongak
ahh, ku sergam dipuncak kau masih mendongak
ahh, pantang ditegur berkeris bertanjak
susul asak, tak mampu sangkak
kau masih teriak ditempurung katak
ahh, level aku guna jari tunjuk (numbo satu)
ahh, timur ke barat tiap pelusuk
aye, banyak rapper datang menyibuk
tolong senyap, sila duduk
kau datang menyampuk ku hantar penumbuk
yes, my style stay clean macam cuci dalam besen (clean)
first team pristine engkau masih belen-belen
aye, banyak rappers mentah, sondol buta takda lesen
time and again, the legend remain
takda contest sampai aku pencen

[chorus]
kalau kira percent ini memang seratus, uh
keep it one hundred ku bagi seratus, yeah
kalau kira percent kita bagi seratus, uh
so keep it one hundred and give your seratus


Lirik lagu lainnya:

LIRIK YANG LAGI HITS MINGGU INI

Loading...