lirik lagu dara fu – malam semakin dingin
aku cuba untuk mendekati
tapi engkau tiada peduli
tulusnya niat di hati
mungkin kau tersalah erti
bukannya ingin merantai dirimu
ataupun mengikat janji
masih ada banyak lagi
harus kau pelajari
aku ingin kemesraan
serta senyum keramahan
biar kekal berterusan
tak hilang di tengah jalan
kau rahsiakan kedinginan menyelimuti hati
aku juga kedinginan kerana sikapmu itu
walaupun setebal mana selimut membaluti
aku masih kedinginan, sepi tanpa berteman
kedinginanmu kerana malam yang masih lagi panjang
kedinginanku jauh bandingan dengan dirimu
aku ingin kemesraan serta senyum keramahan
biar kekal berterusan, tak hilang di tengah jalan
kau rahsiakan kedinginan menyelimuti hati
aku juga kedinginan kerana sikapmu itu
walaupun setebal mana selimut membaluti
aku masih kedinginan, sepi tanpa berteman
kedinginanmu kerana malam yang masih lagi panjang
kedinginanku jauh bandingan dengan dirimu
usah biar malam tak berteman, usah biar siang kekosongan
sudilah kau memahami ketulusan hati ini
andai aku merajuk bawa hati dan kau pun membawa diri
siapa harus disalahkan, pasti kita berdua
kita berdua, kita berdua
Lirik lagu lainnya:
- lirik lagu bibiza & mola – viertelnachvier
- lirik lagu smuggler – outro(συστολή)
- lirik lagu mahir mulalić – daće bog
- lirik lagu the limba & morgenshtern – известным
- lirik lagu lezlie chávez – constelaciones
- lirik lagu nick shea – social phenomenon
- lirik lagu emodouu & leion – белая птица (white bird)
- lirik lagu mc ceja – tres lamentos (r&b mix)
- lirik lagu billy & louie – i get caught up
- lirik lagu m.u.t.t. (ca) – night moves