lirik lagu bolhan nadir – berbeza – bolhan nadir
bolhan nadir ~ berbeza lyrics (malaysia)
[verse1]
setiap masa berjalan , setiap kali berulang
sentiasa cari jalan untuk berhenti , dan hidup senang
masih buat kerja biasa , ingin masa depan cerah
ada di depan mata , tapi bukan benda mudah
mungkin senang untuk orglain , tapi kami berbeza
orang lain cari kerja , kami cari jalan keluar
bunyi macam mudah , tapi ia sangat sukar
ingin buat tranformasi , tapi terlalu byk cabaran
berkongsi inspirasi , semua ada impian
boleh dikatakan berangan , tapi ini satu rancangan
semua ingin jadi ketua , duit sentiasa dalam tangan
ada yang sudah berjaya , ada yang masih berusaha dan pasti ramai juga putus asa
[verse2
benar kata orgtua , menyesal tidak datang mendadak
dulu nak duit masuk , tapi dengan hanya berlepak
naik tidak bertangga , turun tidak berpintu
di kaburi dengan kertas , fikiran tidak menentu
bila masa sudah berjalan , ” hidup senang ” sudah dirasakan
jalan yang kami pilih , rupanya beban di sebalik kesenangan
bila fikiran sudah matang , dan masa sudah berjalan
kini sudah terlanjur , dan tiada peluang untuk undur
” kalau nak seribu daya , taknak seribu dalih ”
memang benar yg dikata , tapi tidak semua dapat dipilih
kalau nak berjaya periksaan , dapat belajar dan berusaha
tapi perkara yang kami hadap , bukan perkara biasa
ini kisah silam , ku bagi dalam dalam
siapa yang dapat faham
kita dalam satu talam
semua tidak akan lupa , walau cerita tahun lepas
tiap hari kerja keras , untuk mengejar w~ng kertas
rabun dengan dunia , dan otak disalah tempat
tidak kisah kerja apa , janji duit kami dapat
kadang duduk di rumah , untuk tenangkan fikiran
kalau ada musim panas , kami tunggu hingga di redakan
bukan mudah cari duit , kalau duduk dirumah saja
tapi kalau ada game , masih ada peluang untuk dikerja
tidak kisah kerja apa , janji nasib kita cuba
boleh kerja taman bunga kadang di jalan raya
kita cuba nasib , jangan nasib makan kita
kadang2 gaji besar , boleh jadi juga tiada apa
semua kisah silam , kini jadi penyesalan
sekarang mahu kluar , tapi masih mencari jalan
[verse3]
kini sudah terbentang , w~ng ringgit bukan kesenangan
tidak guna ada duit , kalau hidup tidak tenang
banyak perbezaan , dan juga byk persamaan
kalau dulu cari duit , sekarang cari kebebasan
ini pesanan memang ikhlas ku berikan
jangan sekali kerja duit untuk cari kesenangan
boleh cari duit , tapi jangan berlebihan
takut nanti terpengaruh duit yang kau sembahkan
bukan menunjuk diri bagus , bukan rasa byk ilmu
tapi ku nasihat, sebelum kau jadi seperti aku
sekarang aku sudah sedar , kau masih lipat kertas potong sayur
baik kau dengar sebelum nasi jadi bubur
kita hanya boleh merancang , bukan menentukan
tetapkan cita cita , takdir sudah di tetapkan
teruskan usaha , dan terus mengejar mimpi
kalau bukan kita yang yg berubah, jadi siapa lagi
Lirik lagu lainnya:
- lirik lagu yalez – jet
- lirik lagu 安室奈美恵 (namie amuro) – higher
- lirik lagu joe l & lilbro – houkutus
- lirik lagu lil king – trust no niggas
- lirik lagu lonni – freestyle opps akila : episode 2
- lirik lagu thetonytyme – nostress
- lirik lagu bootstraps – waiting (alice boman cover)
- lirik lagu t e e t h – you’re my lover now
- lirik lagu dancing bros. – moskau
- lirik lagu samprina – η καρδιά μου πονάει (i kardia mou ponaei)