lirik.web.id
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 #

lirik lagu fynn jamal – biar

Loading...

mata tua yang memandang aku
itu
bundar
pudar
dia tak mahu bilang apa yang
mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.
wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang
melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?
wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang
rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu
mata tua yang bagai ada sakti
dewa-dewi itu
harum
senyum
dipukaukan aku nan terus
terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”
wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan
bahu
berikan aku seperca dari beban
kamu
wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah
pergi
ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati
ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga
ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?
ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti


Lirik lagu lainnya:

LIRIK YANG LAGI HITS MINGGU INI

Loading...