lirik.web.id
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 #

lirik lagu ben ladin – hikayat

Loading...

mereka keluar masuk gua
mencuba mencari dimana ada
mencuba meneka dimana saya

mata kasar takkan dapat jumpa
niat enson matakaji semar ngiseng
aku lah ben ladin
hikayat ben ladin

suara dah bergema
suara sakti hamba
dalam gelombang bawa aura ke udara
separa m-n-sia separa luar biasa
gurau senda dengan kata-kata pujangga
kalau main api janganlah tambah gasolin
mesti hati-hati janganlah seperti lilin
jika mahu terang biar terang dengan betul
jangan jadi arang jadi arang buat kotor
kerna atas muka ada selendang suci
maka hias ia biar terpampang seri
akulah il-strasi definisi gergasi
terhasil dari experimentasi radiasi bunyi

buka mata minda luas seperti lautan
usah fikir bukan-bukan mengata yang bukan-bukan
nenek tua si bongkok tiga
cubalah nenek cari cucu dimana ada

mereka keluar masuk gua
mencuba mencari dimana ada
mencuba meneka dimana saya
mata kasar takkan dapat jumpa
niat enson matakaji semar ngiseng
aku lah ben ladin
hikayat ben ladin

masuk tempat orang jadi kucing bukan singa
jangan cuba jadi cacing nak jadi garuda
jika mulut murai tukar paruh jadi tiong
kalau c-ma gusi jangan lagaknya bersiong

setakat dua tangan janganlah nak berangan
si tikus datang bekal dua belas beruk baran
telan lauk enak lepas makan pandai simpan
pandai-pandai lah tanggung binasa perbuatan
pecut laju-laju sampai dia terpelanting
bukan perkara bijak lari-lari bawa gunting
diajak berteman rupanya musang berjanggut
pura-pura sejuk masuk berkongsi selimut
baik berpada-pada jahat jangan sekali
hidup punya huk-m karma kau harus mengerti
salam perkenalan dengan ritma dan puisi
nama patik ben ladin mengundurkan diri

putih-putih melati ali baba
merah-merah mawarnya si norsiah
jika diikutkan rasa k-ssim baba
kelak akhirnya berputih mata

mereka keluar masuk gua
mencuba mencari dimana ada
mencuba meneka dimana saya
mata kasar takkan dapat jumpa
niat enson matakaji semar ngiseng
aku lah ben ladin
hikayat ben ladin

putih-putih melati ali baba
merah-merah mawarnya si norsiah
jika diikutkan rasa k-ssim baba
kelak akhirnya berputih mata


Lirik lagu lainnya:

LIRIK YANG LAGI HITS MINGGU INI

Loading...