lirik.web.id
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 #

lirik lagu artis tarbiah sentap records - mahzab cinta

Loading...

alkisah sebuah gunung bernama uhud
didaki rasul dan 3 pengikut
bergegar uhud lantaran rindu
ditenteram rasul menenangkan rindu

alkisah di perkebunan merintih si unta
dibebani kerja sedikit makanannya
dikucup kaki rasul yang mulia
dibelai rasul keluhan unta didengar

hebatnya manifestasi cinta alam
tiada pohon batu dan pergunungan
yang dilalui baginda tanpa salam
kerana dia sebaik ciptaan
dia hadir mengajarkan mazhab cinta
hingga makhluk lain turut merasa
hanya kerana cinta pada baginda
dijanjikan syurga dan bersamanya

hingga uhud dijanji syurga
rasul turut mencintainya

alkisah pohon tamar yang kekeringan
dahulunya mimbar namun ditinggalkan
menangis rindu rintih bak si bayi
ditenangkan rasul lantas didakapi

walau cinta umat taruh di neraca
pasti cintanya lebih dari segalanya
demi umat darah dan tangis mencurah
biarpun berabad lama terpisah

kadang wajahnya gelisah ribut melanda
bimbang umat dihentam azab seksa
kadang gusar baginda umat berlapar
namun rumahnya sering tak punya apa

dia hadir mengajarkan mazhab cinta
hingga makhluk lain turut merasa

(hanya kerana)
(cinta oh)
hanya kerana cinta pada baginda
dijanjikan syurga dan bersamanya

kadang wajahnya gelisah ribut melanda
bimbang umat dihentam azab seksa
kadang gusar baginda umat berlapar
namun rumahnya sering tak punya apa

walau tika hujung nyawanya
resah memikirkan umatnya
kerana sebegitu hebat cintanya
layakkah ku jadi umatnya?
layakkah aku kan bersamanya?


Lirik lagu lainnya:

LIRIK YANG LAGI HITS MINGGU INI

Loading...